Tuesday, August 31, 2010

Mama, gua rindu lu.

Dulu, kalau gua terima berita mak member gua meninggal, gua mesti cakap dalam hati , 'kesiannya dia, mcm mana lah hidup dia lepas ni.nak tolong pun tak mampu. nak tolong apa? kalau dia mintak tolong pun, mesti doakan yang terbaik untuk mak dia kat sana, '. Dan sekarang ni, terkena batang hidung sendiri, barulah gua reti bahasa mcm mana hidup tak beribu. sayu je hati. Yaa, sangat sayu. walaupun mulut ni senyum, ketawa, bercakap tak henti-henti, tapi dalam hati, hanya Dia saja yang faham.


Kadang-kadang, gua cemburu sgt dgn member-member gua yang ada ibu. Diorang manja-manja, ketawa-ketawa dgn ibu diorang. Gua? hanya mampu senyum dari jauh je. Tapi itu tak menjadi masalah untuk gua teruskan hidup gua yang cool ni. hehe. Sbb, gua ada papa. papa yang tak mungkin dapat tandingi bapa orang lain. Yee, papa gua tak boleh tandingi papa lu semua. papa lu tak cool, papa gua cool. Sorry, gua mmg over eksaited kalau nak sejukkan hati sendiri.


Raya dah nak dekat, Raya tahun ni lain sangat. Mama gua takde. biasanya, dia yang paling eksaited. tukar kusyen, buat kuih raya, tukar perabot, tukar langsir. Raya tahun ni, satu habuk pun tak tukar. mungkin gua and kakak gua tak biasa lagi ambik alih tugas mama gua. kuih raya pun sekeping pun takda. baju kurung pun belum beli.







Nasib baiklah Allah kurniakan papa yang serba boleh, yang bertanggungjawab. 
















p/s : Gua rindu mama gua. Rindu sangat.
p/s/s : Hargailah mama lu sementara dia nyawa-nyawa ikan tu. kehkehkeh.

You left me.

Lu nak tahu tak mcm mana perasaan gua 'semasa dan selepas' berkawan dgn E? Gua malas nak cakap banyak. Lagu ni boleh mengungkap semua yang gua rasakan sampai sekarang! Read my lips, SAMPAI SEKARANG.











p/s : fahamkan maksud-maksud yang gua highlight tu. Gua bet, ada yang faham sgt apa yang gua rasa sekarang and ada yang sekadar 'mcm lah gua ambik port perasaan lu'.





chiaw! :') :') :')

Sunday, August 29, 2010

Tangkap lentok.

Hati gua sayu semacam harini. Bak kata bibik gua ' hati menangis '. hati menangis haruk lu. Muka ganas, dalam hati ada taman bandar. apecerrr? Tapi betullah, gua senang betul menangis kalau tengok hindustan. Bukan setakat tengok cerita hindustan, baca novel yang sedih-sedih pun gua tangkap lentok baik punya. Kadang-kadang member gua nak menyetan, diorang hendap gua tengah melalak baca novel. Biadap betul remaja zaman sekarang. rosak rosak ... Dah Echa, kau jangan perasan kau dah besar -____-


Hati pun sayu semacam, apa kata kita layan sikit lagu cooooo cewitt ? kehkehkeh.












p/s : amacam? ngantuk tak tengah tengah hari mcm ni dgr lagu jiwang? kehkehkeh.





chiaw!

Saturday, August 28, 2010

Jodoh?!

Gua bahagia hari ni. ngeh, nak tahu kenapa? Haaaaaaaaa, ekceli, gua baru balik dari meroyan kat ECM. Dgn kawan-kawan baik gua. Dgn Nadiera Syahirah and Najmeen Adeebah. Yang Nadiera tu gua dah bosan tgk muka kucing dia tu. Yang Najmeen ni haaaaa, rindu bukan kepalang. ape-apepun, gua love both of you.


Masa gua meroyan kat ECM, gua tak pandang makcik-makcik, pakcik-pakcik yang usung beg carrefour tu semua. Yang dah setengah abad tu sayu je mata gua nak pandang. Kalau kat mall-mall, gua suka pandang jodoh-jodoh, dan juga jodoh-jodoh yang bodoh belaka. jodoh yang bodoh tu maknanya yang berjalan dgn awek lah. kehkehkeh.


Kalau lu perasan, couple-couple sekarang ni banyak buat lawak. bukan lawak apa pun, muka partner dorang yang lawak. Gua bukan sesuka hati kepala bapak gua nak kutuk, tp mmg betul. Kalau muka awek cun mcm khadijah tantiz zakiah, muka pakwe habis kapok nyor dia bagi. and sebaliknya. kalau muka pakwe mcm jalil hamidgambit saifullah, muka awek mesti mcm gampek. kehkehkeh. dalam kepala hotak gua, kalau tak awek dia duit berkepuk mcm taik ayam, mesti jenis senang kena barih. Kalau pakwe pulak, confirm gigolo. kehkehkeh. Tapi bukan gua je yang rasa mcm ni, member-member gua pun sama jugak bangang pikir benda yang sama. Tapi bukanlah semua. Mana tahu, diorang mmg couple atas dasar i lap u, u lap me. yedok?





Alololo, coo cewit <3







habis pasal jodoh-jodoh dax cewngal. kita sambung pulak pasal jodoh yang dax encem..!! 




Jodoh  dax encem ni byk jenis. Ada yang hensem gila sampai gua pun naik gila kalau pandang, tapi perangai pulak tok molek bak kata orang pahang. Gua bukan orang pahang, saja buat bijok. okay, abaikan...
 Kalau muka dah hensem, perasaan bajet bagus tu memang secara automatik akan timbul. Yang berasa hensem jangan cakaplah. muka mcm tapak kaki bibik gua, tapi dia punya konfiden tu, perhhh mmg mintak penampar. Bukan apa, bila pandang orang tu, mesti nak jeling. bila pandang nak jeling, bila jeling, nak pandang. nak aje gua lestik bijik mata, biar buta mcm cicakmankasim selamat.




Apapun, lelaki yang berbaju melayu dan memakai songkok juga pilihan hati gua. Peaceeeee ! kehkehkeh.








p / s : Sorry bro, cermin bilik gua tak cukup besar. sbb tu gua asyik mengutuk orang. tak sedar diri lagi gua ni. kehkehkeh.





chiaw!

Lelaki + Baju melayu = COMEL !

Serious, gua takda nawaitu pun nak update skrg.tapi memandangkan tahap kebosanan gua melebihi segalanya, gua update jugak lah. Harini gua nak usha pasal lelaki.


Kalau lu orang perasan, perempuan zaman sekarang ni haprak. bukan semua lah. ada antara antara pempuan ni.
Sebabnya, bila ditanya ciri-ciri lelaki idaman mereka, confirm mereka jawab kaya, muka mcm amitha bachan aron aziz, duit pulak, kalau takda bmw takda bumbung, taknak ikut jalan jalan. rumah nak yang ada taman rekreasi kat ruang tamu, dress-up pulak nak yang pakai seluar londeh sampai ke lantai, jenama taknak kalah, dior, gucci, guess, bapak guess, nenek guess. semuanyaa nak mahal belaka. ada ke diorang sebut yang beragama? boleh membimbing ke jalan yang benar? solat 5 waktu. kalau ada pun, mungkin ciri-ciri ni dia letak kat paling belakangggggggggggggggggggggg sekali. itu kira, kalau ada, adalah. kalau takda, takda hal lah!



Haaaaaaa, motif gua bersyarah ni, gua nak tekan kan ciri-ciri lelaki yang boleh buat gua cair. teheeeeeee. dulu, gua lg dasyat daripada minah-minah kat atas tu. gua tak layan mamat motor. kalau di swit swit, gua jelingkan aje. kehkehkeh. konon. tapi sekarang, baru gua sedar. semua tu sebenarnya tak penting. NEHI ! bak kata amitha bachan.

Kalau balik daripada terawikh, lelaki-lelaki yang muka mcm aaron aziz, gua bg bontot je. tapi kalau gua jumpa yang pakai jubah, songkok, berbaju melayu, gua senyum mcm pengantin senyum dekat suaminya. kehkehkeh.








Lelaki yang berbaju melayu amat menarik perhatian gua. COMEL okay. sejuk perut gua. kehkehkeh.






p/s : lagi lagi kalau pakai baju melayu pink. aish, tak sabar nak raya. nanti pakat 1 malaysia pakai baju melayu pink yeee. :-)





chiaw!

Thursday, August 12, 2010

tabiat orang malaysia - remaja.

Gua ada jugak usha, perkataan 'b*bi' ni dah mcm nama sendiri bagi remaja remaja sekarang.

 contoh :

" Ali, tlg cikgu ambilkan fail cikgu kat pejabat tingkat 101 "



Ali tu pun bantai "babi betul la".


okay, kalau kes mcm ni, gua maafkan. sbb gua buat benda yang sama. kehkehkeh.





Yang paling gua hangin, gedik pulak sebut 'tutttt' sendiri. dah mcm takda perkataan lain. ni tak, alih-alih tut jugak keluar. mcm dia punya tu tak normal pulak, bercabang ke? cubalah tukar sikit. kalau terperanjat sangat, cakaplah 'oh semut'. ataupun kalau dah marah sangat, sebutlah 'anjing kodok la kau' .






jangan sesekali sebut anjing depan abg gua. dia sensitif kalau sebut pasal spesis dia.











p/s : lu perasan tak, nama binatang jugak yang naik.







chiaw!

Wednesday, August 11, 2010

sahur.

(mamai)



" bik, masakkan sy telur 2 kilo"




" hahahahahahaha "



celaka, puasa pertama dah kena bahan gelak ramai ramai. nasib baik setan kena tangkap. takde lah gua rasa mcm nak celup sekor sekor dlm kuali panas.

Saturday, August 7, 2010

L--O-S-E-R-S !

Kepada sesiapa yang berasa diri dia bodoh tak berajar tu, mai dekat sikit gua nak kasi ajar. Ye, gua tgh panas. Jangan cari pasal,



Adalah lelaki ni, muka boleh tahan mcm cipap ayam. Mulut pun mcm tungkik basi. bukan seorang, bukan dua orang tetapi sekumpulan tapir jantan. Gua malas nak cerita panjang, sbb akan bertukar menjadi wondergirl Hulk. Di sini, gua nak cakap, tak kiralah dalam kumpulan korang tu ada member gua. Gua tak kira. Lu semua boleh pegi terjun bangunan. Gua nak ckp pergi mampos nanti biadap sangat. Tapi gua tgh aim sorang drpd tapir jantan yg mulut mcm kimokcik. Gua ada nasihat untuk seekor tapir ni. Gua kan baik orangnya, suka bagi nasihat.



"Kau ni, dah la takda pelajaran, datang rumah orang buat biadap, mulut pun tak guna. Dah tau kau lengkap dgn ciri ciri jantan loser, cuba lah buat something yang boleh orang bangga dgn kau. Cakap sekali dgn konon geng geng mcm bagus kau tu. Dah tahu bangang, lg nak tunjuk. cuba simpan sikit perangai bingai korang tu dalam esbok. Nak boikot boikot orang, konon bagus lah tu? konon hebat? Ahaaa, pididah! pancacai lubang taik pun seribu kali berguna dari korang."








Gua pun malas cakap banyak. dalam banyak banyak ayat, perkataan LOSER jugak yang kena dgn korang.























p/s : kepada yang tak berkenaan, takpayah mengada nak berasa. lempang laju-laju baru tau.
p/s/s : Lepas ni, lu orang nak boikot gua? boikot lah. gua dah terbiasa dgn perangai lu orang yang mcm bagus tu. kan korang hebat. hebat mcm taik anjing.kehkehkeh.





chiaw!

Yang terindah gila.




                                Lu mengetuk pintu hati gua tanpa sedar hingga gua inzinkan. 


eiceh, tangkap lentok sekali sekala. Meremang jugak bulu hidung, dia punya feel sampai tulang. kehkehkeh.






p/s : lagu ni superb. siapa se-tu-ju? kalau tak setuju, tak comel.

sayang.


Najmeen Adeebah, dah berapa bulan kita tak contact? Haih, rindunya :'( Ingat lagi tak dulu kau selalu lepak rumah aku, tidur rumah aku. Sekarang, semuaaaaaanya berubah. dalam sekelip mata je. Haaa, aku nak mintaak maap lah kalau aku ada buat salah, buat kau terasa. Aku sayang kau doh. :') sorry tau tau. i lap u.





p/s : harini gua sopan sikit. almaklumlah, tulis pasal bakal ustazah.
p/s/s : serious tak tipu, gua sayang lu, Mean <3

Friday, August 6, 2010

Oh Em Gee :O




Lagu ni mengingatkan gua pada member lama gua. Dah berapa hari tak contact. rindu jugak. biasalah member yang gua sayang. or should i say yang paling gua sayang? Ahaa, lumrah manusia, jumpa yang baru, lupa yang lama. kan?







p/s : sebak tak? kehkehkeh.




chiaw!

Never be replaced katanya.





Kepada couple couple yang sedang ' i lap u, u lap me ', lagu ni gua hadiahkan untuk lu orang. sorry la, hadiah ni tak sopan sikit, tak berbalut. kehkehkeh.







p/s : siapa setuju lagu ni gewdix? 

sahabat kurang siuman.

Sebagai seorang manusia yang comel normal, gua pun ada jugak kawan kawan baik. so, memandangkan gua tak pergi sekolah harini, gua ingat nak luangkan sikit masa kat sini. gua kan penyayang rajin orangnya. kehkehkeh. adjust sikit.


pada gua, semua manusia berhak jadi kawan gua. tapi, untuk jadi sahabat gua, sangatlah susah. buat masa ni, gua ada seorang sahabat. kalau ada apa apa pasal gua yang lu orang musykil, lu orang semua boleh tanya dia. dia tahu segalanya.





Gua tak pandai sgt nak susun ayat tangkap lentok ni. So, kalau ada yang tak patut gua cakap pun, lu enggeh kan aje lah ya. Nama dia Nadiera Syahirah. tapi semua manusia panggil dia Yaya. kalau haiwan, gua taktahu. haa talked bout haiwan, dia ni sayang sangat kat spesies dia, kucing. tgk muka lah. kehkehkeh. kita dah kenal since 4 tahun dulu. since sekolah rendah lagi. Dia ni mmg superb. sesuai sgt lah nak jadi member gua. gua kan wonder girl. kehkehkeh. Kadang kadang gua rimas jugak sbb dia ni manja sgt dgn gua, 24/7 berkepit.. tapi, sbb dia manja lah, gua terpikat suka kawan dgn dia. Dia mmg standingunder. dia paham semua masalah gua. Kadang kadang dia suka buat kerja guna kepala. bukan kepala hotak, tapi kepala lutut. sampai gua rasa mcm nak hentak aje dia dgn lutut gua. Haaa yang paling gua suka, dia ni tak kedekut. dia kedekut dgn semua orang kecuali gua. betul beb, gua tak tipu. 2 tahun sekali dia bagi duit kat manusia lain. tapi kalau gua, 2 tahun tu dah 2 juta dia bg gua. lu lah sahabat sehidup semati, sepant*t seb*bi gua.











 p/s : lepas ni kalau lu cubit gua lagi, gua delete entri ni. gua tulis yang baru. yang mcm hantu punya.
 p/s/s : lu jangan nak bangga sangat. gua saja menipu harini, tambah dosa sikit.





chiaw!

Thursday, August 5, 2010

boikot.

Gua bet lu orang semua mesti terkejut tgk haiwan kat blog gua ni. gua pun taktahu jadah apa yang gua dah tekan. tiba tiba timbul makhluk besar mcm tu. Takpa, lepas ni gua nak tukar gambar lain pulak. gambar pocong. kehkehkeh. gerenti manusia buat group kat fb ' boikot wadafakk.blogspot.com kerana telah mengakibatkan kami diserang sakit jantung '.







kehkehkeh. mmg wadafak!










p/s : adjust dua karong, geng!






chiaw!

Examination week.

Seperti biasa, kalau minggu exam, pagi pagi buta lagi classmates gua semua dah tayang muka, ayam belum sempat berkokok pun lagi. Ceh, semua mcm bagus tenung buku. selang 5saat, buka muka surat baru. hebat kan, 5 saat je. apa yang diorang baca pun gua taktahu. gua syak diorang selit majalah playboy belakang buku. mana tahu, kan?


Yang bagusnya, kalau exam, semua manusia dalam kelas gua berlumba-lumba salin nota. kalau minggu biasa,  cikgu bertukar jadi Eddie Gordo pun belum tentu diorang buat nota. eh, gua terkecuali. Baru dua tiga ketul musle keluar, gua dah habis salin nota. hebat kan? kehkehkeh.



Yang bangangnya, diorang ni rajin ada makna. lepas salin nota banyak banyak, selit bawah meja, tampal bawah kerusi. member gua takda nya nak sorok sorok ni. tak cool katanya. member gua ambik terus buku rujukan, dia letak atas meja. dia kata 'apa gua peduli, bukannya gua meniru, gua buat rujukan. kan benda baik ni'. Nasib baik gua duduk jauh sikit. kalau dekat, dah gua hentak hidung dia.



                                        Ni dia heroes dan heroinsnya. Kalau berkenan, lu helo gua.



Apapun, gua sayang classmates gua. semua.






p/s : lepas entri ni, gua harap monitor gua takkan tulis lagi nama gua ats kesalahan yang sama. conteng dinding.

Monday, August 2, 2010

cinta waklu!

Gua bet ramai perempuan yang suka tengok hindustan berbanding lelaki. sama mcm gua. setiap sabtu, pukul 2, muka gua dah tercongok depan TV. tapi gua kena ready lebih awal untuk 'perang saudara'. perang ni tiap tiap hari sabtu ada. kalau adik gua buat bangang dia tiba tiba emo taknak bg gua tgk TV, gua apa lagi. bukak langkah lah. tapi malangnya, adik gua ni bukan mcm adik orang lain. dia melawan balik. gua pijak kaki baru surrender. haaaaa tahu takut. Okay, ini takda kena mengena dgn tajuk gua harini. Nak bercinta dgn adik gua? zaman tapir kepala dua pun belum tentu. okay abaikan..



Gua taktahu hantu jenis hape yang merasuk gua harini, tiba tiba gua geletis nak tulis pasal cinta cinta ni. Lu pernah tgk tak cerita cerita zaman tok kadok dulu? kebanyakan cinta diorang terhalang. tapi tu tak menjadi pengakhiran cinta diorang, nanti adalah scene scene lari bawah pokok kelapa lah, terjun sungai lah. yang perempuan pulak, kalau dah tahu cinta terhalang, konon masuk bilik kunci pintu, tekup muka henyak katil. yang gua pelik, punyalah strict producer diorang dulu, menangis pun kena ikut intonasi. mcm cilake.Bosan punya pasal, gua bantai cerita ibu mertuaku td. yang buat gua hangin, perlu ke kasim tu cocok mata guan garpu? kalaulah gua ada depan kasim masa tu, dah gua celup muka dia dalam longkang. Tapi itulah, dah cinta sejati kan? buta pun butalah. Yang gua respect, diorang takda pun kahwin lari mcm remaja remaja sekarang. Konon mak bapak taksuka, bantai kahwin lari. mcm cilake.






Kebanyakan remaja sekarang, 'i lap yu, u lap me'. nak pulak gua menyampuk 'haruk lu!' . tegas dan padu. Yang gua perasan, bila couple couple ni break-up, yang makwe update kat fb 'Laky xgunew. aq menyecal kenal ngn kao duluw. Nyecalll~!!' . Yang lelaki pulak bantai sebarkan kat member member konon ex-makwe tu lauk. yang lauk tu jugak lu cayunk-cayunk, manjew manjew, hunny babiy dulu. pigidah! kalau kena penendang padu gua, lu pulak jadi lauk expired. Kalau tgh kemaruk, 'cyg lah cintew shejati biey. foweve lurVeE', 'gue enggak akan ninggalin lo, sampe kapan pun'. halamak aii, punya manis! kalaulah gula kat rumah habis, lu ludahkan aje ayat tu, gerenti jadi air gula. dah ronyok muka awek lu, tiba-tiba pulak bg alasan mak tak bg couple. suruh study katanya. haruk lu! study konon, mengeja pun bingai. Okaylah, sebelum gua jadi hulk, baik gua stop dulu. eh cop. hulk tak comel. gua nak jadi wonder girl lah. bukan setakat cun, popular pulak tu.


                                                              auw, pink youu! jambu dunia i.



nak jadi wonder girl konon, jadi bulldog tu pun blm tentu lepas.








p/s : ni dia cinta sejati gua :)






chiaw!