Thursday, October 7, 2010

bloggers #1

Harini gua nak mencarut sikit pasal ciri-ciri blog yang gua suka visit. Kalau ada yang takpuas hati, silalah kutuk gua kat blog lu orang semua. Biasalah, tu kan sifat rakyat Malaysia, setakat kutuk dalam blog, apecer? Tak ada bran la. Sebelum kita mulakan, meh kasi soundtrack sikit, tekan sini.



  • Lelaki.
Yee, gua suka baca blog lelaki. Sebab, blogger lelaki tak mengada mcm perempuan. Gua geli sikit nak baca blog perempuan. Kalau lu perasan, blog perempuan tak cool. Sibuk nak cakap dia shopping apa, harga beg baru. Yang paling takboleh bla, ada jugak yang mcm ni ;

' Tadi i pergi mall. Then semua orang pandang i. diorang swit-swit kat i. Ada yang mintak number i. Ada yang caap i cantik. I taksuka lah semua tu ' .

BULLSHIT. kalau lu tak suka, apehal lu tulis kat blog? nak cakap lu market? Then, gua suka blog lelaki sbb, dia suka cerita pasal rutin harian dia. dia lepak dgn member, dia pergi usha awek. Lansung tak cover, dia tunjukkan sifat sebenar dia dalam blog. Yang paling heaven, dia tulis pasal awek dia. bergaduh dgn awek dia, awek dia merajuk, dia pujuk awek dia. Kan cool tu?



  • Macam bagus? BULLSHIT.
Ada banyak jenis perangai mcm bagus. Tapi yang paling taik sekali, bloggers yang speaking. Kalau selit-selitkan sikit ayat takpa. Ni tak, daripada A to Z nak speaking. Apa yang lu harapkan? Lu harapkan readers cakap ' wah, coolnya. Dia pandai ckp omputih. bukan awek sembarangan ni '. lu tau tak sebenarnya readers ckp apa? ' wah, coolnya. mesti awek mengada ni '. Tak ke sebek tu, mek?



  • Busteng.
Satu lg bloggers yang gua hangin. Eja tak betul. tangan tak bedung! Kalau na baca apa yang ditulis, sampai terkeluar mata ikan kat lidah gua.

' Ariniw aq kuar ngn yg tercayunk. Dyew cgtlah comeyl. Kitew jalan2, mkn2, ngok wayang, nomen2. Aq pewgang tgn dyew. mulew2, bedeba gakx. tp bilew lamew2, besh lakx. haxHaXhAx. mulew2 dyew maluw2, aq ngatkan dyew mareEe. pew2 pown, aq cintew kamu, Dax Comeyl! dax nencem cayunk dax comeYl!

Perhhhh, tumbuh ketumbit tepi mulut gua lepas baca. cilakak.





Buat masa ni, 3 je. kalau ada lg, nanti gua sambung. Orite?

chiaw!

No comments:

Post a Comment