Thursday, September 30, 2010

Penasaran.

'ku akan selalu menjadi bintangmu.......'  - menandakan ada mesej masuk.

setelah hampir 8 hari henpon tak berbunyi, dengan rakus gua lari ke henpon gua. dalam hati gua 'Ni mesti balak bustop mesej gua 'HyEww...NAk teNAl BlEh..???. takpe takpe, asalkan ada manusia hantar mesej. '
Punyalah jakun taik andak! perasaan ni sama mcm gua memula dulu bapak gua belikan tepon butterfly. gua rasa mcm nak buat sepanduk gantung depan rumah. 'Bapak gua belikan tepon. Bapak lu bila lagi?' biar kasi panas line sikit kawasan sini. biar makcik-makcik manik berapi sampai hangus tudung.


Tiba-tiba....

'Your expired date..... thank you - Hotlink. '

Dia ingat gua call guna roti ke?! sibuk nak cakap expired date!



p/s : kejadian ini baru berlaku 3 minit yang lalu. cilakak.

Sunday, September 26, 2010

GJ.

Calon menantu bapak gua yang kedua ;






Amacam? runtuh tak iman lu semua? Kalau runtuh pun apa gua pedulik. Dia dah pilih gua. redha jelah, ye.



Biasak bro, Gigi Jarang *__*


Kamal Adli jangan jealous ye sayang ye, i tak duakan you pun. You beli dulu vespa, lain hari kita kautim ye.



p/s : kalau dia berlakon, seboleh boleh dia tgk muka dia. kiut sgt ke gua ni? *__*

Thursday, September 23, 2010

Ibu, engkaulah ratu hatiku.

Ada tak lelaki yang pentingkan mak daripada awek zaman sekarang ni? Gua rasa lelaki mcm ni satu dalam seribu. Apa kurangnya perempuan. Pakwe di dulukan. Bolo punya olang.


Gua bukan apa, gua cuma teruja dgn lelaki-lelaki yang tulis ' my mama is the first woman in my life'. 'my mama is my inspiration'. 'i love my mama more than anything in this world'. Ini tidak, 'aq cintew matiw came dyew', 'aq cyg dyew cmpai matiw'. haruk lu, bro! Mungkin lu syg, atau mungkin cara lu tunjukkan kasih syg tu pada mak berbeza. tapi apa salahnya, tunjukkan sikit atau buktikan sikit lu ni anak yang penyayang. Sekadar sandang gelaran 'jantan macho', tak cukup bg gua. Ataupun, lu bg adil sikit. Dua-dua lu takpayah tulis.


'pehh, aku respek dia! dia syg gila babi kat awek dia! cinta mati! kalau putus, berbelon bijik mata menangis. hebat hebat! Propose pun face to face! melutut dia tepian gantang lagi! '
 Lu ingat lu dah cukup bagus? dah cukup power? Amacam pulak layanan lu kat mak lu? Sempena raya ni, meh gua kasi peribahasa raya sikit. ' jauh duit dari sampul' cara lu layan mak dgn awek lu. Apahal bro? Awek lu pun tak hingin dgn muka lu kalau lu biadap mcm tungkik. 


'Gua, kalau mak gua banyak bunyi, gua emboh aje. Gua peduli apa dgn mak gua'.
Siapa setuju, brader-brader haprak kat luar sana tu, bangga sangat berbiadap dgn mak dia? Tengkik mak depan member.





Walaupun dulu mak lu pernah buat kesalahan yang tak dapat ditanggung badan, lu kena respek dia, bro. mak lu anjing ke, singa betina ke, babi laut ke, walaupun mak lu pelacur, selagi lu hidup, lu kena respek dia. Atau lu nak tunggu jadi mcm gua? umur muda hilang mak. adik gua, tak kenal siapa mak dia. harap dalam gambar je, brader. renung-renungkanlah, ye?





p/s : Berasa bagus dah gua harini. kehkehkeh.

Wednesday, September 22, 2010

Cantik la kau.

Gua takpernah rasa gua cantik. Gua tak pernah rasa gua terbaik. Gua takpernah rasa manusia sekeliling gua terhibur bila dgn gua. Gua takpernah rasa gua boleh mendampingi mana-mana lelaki.Gua rasa gua manusia paling tak cantik. Gua rasa gua paling tercorot. Gua rasa gua membosankan dan gua rasa, gua tak berhak untuk mana-mana lelaki sekalipun.



Itu yang gua rasa selama gua hidup. Mungkin dari cara gua, lu semua rasa gua gedik, gua the best, gua perasan gua perfect. Gua selalu terfikir, best tak eh jadi pempuan cantik? mesti ramai orang suka. mesti semua pandang. Semua yang gua rasa, gua akan kongsikan dgn kakak gua. Walaupun dia akan memberikan respon yang sangat menyakitkan hati dan buat muka mintak penampar, gua rasa ringan sikit bila story dgn dAx CeWnGaL niew..!





Sekali pandang, mcm kuih siput. Dua kali pandang, mcm Primadona pulak *__*




Apapun, gua bersyukur sbb gua dikurniakan anggota badan yang tiada cacat celanya.

"Terima Kasih. Aku bersyukur padaMu, Ya Allah"
















p/s : Harini mood gua tak berapa elok.
p/s/s : Gua ni takda lah buruk sgt kan, comel jugak.



chiaw!

Tuesday, September 21, 2010

Vespa.

Okay, sebelum baca yang lebih lanjut, gua nasihatkan sila tampar diri sendiri 3 kali. Kalau tak berhasil dan still rasa mcm nak bunuh gua, sila rendam muka dalam jamban penuh taik hijau adik lu semua *___*



Okay olls, siapa rasa jodoh pakai vespa tu kiut miut? siapa tak setuju tu memang materialistik, konon nak jodoh yang pakai motor besar duduk terkangkang. Okay Kamal Adli, kalau u pakai vespa Abg Kasim pon pon sekalipun, sayang i tetap pada u. Auww malunya *__*



Betul geng, cuba lu fokus. cuba lu luangkan masa sikit kat mana mana, kalau ada jodoh pakai vespa, lu tarik napas dalam dalam, jangan lepas dah. Selagi lu tak rasa jodoh pakai vespa kiut, lu jangan lepas. Lu ingat kata-kata gua ni. bak kata nenek gua 'kau tanda tempat duduk aku ni'. Takpa takpa, satu hari nanti, lu semua sedar jugak betapa kiutnya vespa tu. Lagi-lagi yang ada sticker hello kitty *__* kalau nak lagi nampak jambu, lu letak sticker barbie. pehh, memang kena! kena gelak! Jangan la sampai nampal sticker barbie, huduh perangai T__T kalau nak nampak stylo. konon kiut plus garang, gua sarankan lu nampal sticker ben10. baru nampak pailang. ahaaa.




Gua tulis ni takda kena mengena dengan mamat-mamat yang perasan pakai vespa gua suka dia okay. buat masa ni, takda lagi jodoh pakai vespa yang gua gilakan.




Buat masa ni, Kamal Adli belum terbuka lagi hati dia nak beli vespa. Takpa, kalau dia pakai RxZ yang mcm mamat selenga bustop sekalipun, gua tetap sayang dia. Coooooo CewitTtTtT ......... !!














Biadap kalau lu cakap vespa ni tak kiut miut.




p/s : Jodoh bergigi jarang, takpayah bersusah payah buat sardin belakang lorong semata-mata nak beli vespa konon nak tambat hati gua ye *__* 
p/s/s : heaven jugak jadi perasan ni T__T

Monday, September 20, 2010

Bismillahirahmanirahim.

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"


Amacam? mengancam? haha.

Sunday, September 19, 2010

Anyone?

  • Girl has been ignoring boy for a couple days.
  • Boy: Talk to me!
  • Girl: (Shakes head) No.
  • Boy: Please!
  • Girl: Why should i?
  • Boy: Because im going crazy without you.
  • Girl: So.
  • Boy: Come on! ="((( I miss you sooo bad.
  • Girl: Not my problem.
  • Boy: Dont act like you dont miss me too!
  • Girl: I dont.
  • Boy: Was what i did really that bad?
  • Girl: If it wasnt do you think this would be happening?
  • Boy: I told you im sorry! What else do you want??
  • Girl: I want you to leave me alone.
  • Boy: You know thats not what you really want.
  • Girl: Yes, it is.
  • Boy: Well thats one thing i could never do for you.
  • Girl: Well what can you do?
  • Boy: Whatever you want me to do.
  • Girl: Figure something out.
  • Boy: Fine, How about an apology, 10 reasons why you should forgive me, 10 reasons why i need, you and 10 reasons why i love you.
  • Girl: Okay. Do that and i’ll see.
  • Boy: I am sooo sorry. What i did was wrong. I would never ever do anything like that ever again. I need you. I dont know what i would do if i lost you. I will do anything to gain your forgiveness. I truly am sorry. Reasons why you should forgive me: I LOVE you. I NEED you. I would fall apart without you. I would miss you. I love you. I would feel horrible for the rest of my life. No one could ever take your place. No one could love you the way i do. Or as much as i do. I love you. 10 reasons why i need you: Your always there for me. Your an amazing friend. You love me. I wont ever find another human being like you. You never give up on me. You see past my flaws. You go through all kinds of things with me that no one else ever would. You keep me out of trouble. You are everything i could ask for. 10 reasons why i love you: Your beautiful, inside. And out. Your sweet. Your loving. Your Caring. Your smart. Your fun. Your adventorous. They say no one is perfect,. But they’re wrong. You are perfect. I miss you so much. Please please please forgive me. I need you. And only you. Forever. <3
  • Girl: :O
  • Boy: WHAT!?
  • Girl: Wow, Uhm. I…
  • Boy: You what??
  • Girl: I love you.
  • Boy: I love you too.
  • Girl: I forgive you. <3
  • Boy: Great, Fantastic, Amazing <33 :] Now will you do one more thing for me?
  • Girl: What is it?
  • Boy: Be mine. And only mine. Forever. ?
  • Girl: Yes <333
  • Boy: I am NEVER going to lose you. I promise. <3 







Ada sesiapa tak, taknak layan gua lepas tu pujuk gua mcm ni. Gua ajak lu pegi Lombok terus, bro. Serious gua tak sembang.


Amboi, gediknya hati saya ni*__*





p/s : Agak-agak lu, Kamal Adli nak tak cakap mcm ni?

Adjust sikit.

Gua okay. Gua tak sakit. Gua taksuka. ya, tak. Tgk, setakat suka dalam sehari. biasalah, remaja comel kan. ahaaaa.



Kamal Adli jugak yang gua setia.

Saturday, September 18, 2010

Pain.

" Satu jam saja, ku telah bisa cintai kamu kamu kamu di hatiku, Namun bgku, melupakanmu butuh waktuku seumur hidup "

Serious gua percaya dgn lirik ni. Dulu gua anggap benda ni poyo. Dulu gua fikir, mana ada orang jatuh cinta dalam masa sejam. mustahil kononnya.

Tapi sekarang? terjadi pada gua. Bukanlah sejam. Dan bukanlah jatuh cinta. Jatuh suka lebih tepat. Pada gua, lelaki-lelaki yang pernah gua couple sebelum ni atau selepas ni bukan cinta namanya. Mungkin cinta, tapi cinta beruk. Oh bukan jugak. beruk tu kasar. monyet lebih comel bunyinya. 

 Dan kalau gua dah jatuh suka, gua akan emo. Ye, sangat emo. Dan gua akan cuba lupakan dia. Pelik kan? Sebelum gua tahu isi hatinya, dan gua main agak je. " Mungkin dia bosan dgn gua " , " Mungkin dia tak suka gua " , " Mungkin dia just nak mainkan gua ". Dan segalanya MUNGKIN. Dan dengan perkataan mungkin yang telah menyerabutkan kepala hotak gua, gua akan buat satu tindakan bodoh. Bangang lebih tepat. Seperti, gua delete facebook seperti yang gua baru lakukan, delete number dia kalau ada, gua akan delete SEGALANYA tentang dia. Dan memang, proses 'erasing' itu mengambil masa yang sangat lama. a month? two months? or a year?



Gua menyesal delete facebook dia.



sekarang.



p/s : Jangan bermain dengan sekeping hati yang sangat lemah. Macam gua. Pedih, sakit, luka. atau lebih tepat, Broken hearted?

Oh my,




Gua asyik dengar lagu ni. Mungkin ada kena mengena dgn hidup gua. SHIT MAN.





p/s : mood gua tak okay kalau gua sedang ' in lof '. percayalah.

Thursday, September 16, 2010

Suka.

Sebagai seorang stalker yang cekap, gua ada tangkap satu conversation pakwes-makwes ni. sangat comel. serious. pakwe dia termasuk jugak ciri-ciri yang gua suka. suka je, tak cinta. ahaa.



makwe : babi la dia tu.
pakwe : berapa kali sy ckp, jangan mencarut!


walaupun pendek je, tp byk msg msg yang tersurat.

pertama, pakwe dia syg sgt.
kedua, pakwe dia care psl dia.
ketiga, gua suka cara pakwe dia *__* 



Nate bewok!

p/s : ada tak orang nak tegur? -__-

My Top Fans.

Haa, kalau sesiapa yang ada fb tu, dia tau lah ape bende alah MTF ni. Gua taknak cakap byk psl bende alah ni. Gua cuma nak tekankan perasaan gua.

Gua taktau kenapa, tapi hati gua bercambur baur kalau nak tekan 'only male fans'. dalam hati gua ' nanti friends gua cakap gua gewdix santai tak? ' sbb kalau gua pun,kalau ada pempuan makcik manik yang nak tahu male fans je, mestigua kata ' male fans sajaaaa ' . tu hati jahat gua cakap. kalau hati baik gua cakap ' takpalah, dia pun nak tahu sugar baby dia '.



gua tipu. gua takkan berpikiran baik mcm tu. gua sentiasa jahat. gua pun panas line.


p/s : Gua nak cuba tgk siapa sugar baby gua.



chiaw!

Monday, September 6, 2010

fakta 03#

I find it CUTE when a guy is nice to lil kids.
 Serious gua tak sembang. Kalau gua pergi usha jodoh kat Megamall ke, kat liang lahad ke, kalau gua nampak jodoh yang co cewitt dgn kanak-kanak, gua rasa mcm comel. lagi-lagi kalau keluar dgn mak. Senang cerita la kan, gua suka anak mak. Mesti gua pandang je. tak kira lah muka mcm kapok nyor ke, seret tar ke, tetap nampak comel PADA GUA.
 Sebab, mana senang dapat budak yang nak melayan karenak kanak-kanak? Dapat pulak mcm adik gua, mmg rasa mcm nak mengamuk je sampai roboh Megamall tu. 
 
 
p/s : serious lah. COMEL. siapa tak setuju dia bingai. 
p/s/s : agak agak Kamal Adli sayang tu, anak mak tak? -____-
 
chiaw!

Sunday, September 5, 2010

Permati Hati.

Kalau cinta kepada Kamal Adli.
Kalau sayang, kasih, cinta dan semuanya yang indah kepada Encik Eddy.
Kalau sayang kepada Amira Natasha dan Aziff Nazhriq.
Kalau kasih kepada Nadiera Syahirah.
Permati Hati pula?


Nak tau nak tau? jeng jeng jeng........................................................................Aku lah Jebon!
Correction, bukan jebon permata hati gua. saje buat sedap. Jebon tu permata lutut gua.



Kalau pandang muka permata hati gua ni, sejuk rasa hati. Juga boleh buat gua naik hantu. Kalau marah, bengang atau rasa mengamuk, tengok je muka permata hati ni, hilang semua kemarahan. Bukan gua je, semua yang memandang akan rasa tenang, sejuk hati dan bahagia. Gua rapat dgn permata hati gua ni. kadang-kadang tiap malam gua yang tidurkan. tidur nak berpeluk. Manja. sangat manja.


Walaupun kadang-kadang ada tercubit, terpukul, termarah terasa mcm nak tanam hidup hidup, tapi tu semua tak pernah menjadi sbb kasih sayang gua luntur. Permata hati gua ni ada 2 orang. seorang putera dan seorang puteri. Bagi gua, dua-dua sama. dua-dua dapat tempat teratas dalam hati gua. Yaa, paling atas. Permata-hati gua ni selayaknya diberi hukuman. gantung sampai tidur. nak ckp mati tu tak sampai hati pulak. dikenakan hukuman kerana telah menyebabkan gua jadi zombi sbb telah mencuri jantung dan hati gua. Silap, zombi yang comel patutnya.




Jangan pandang yang ditengah jika tidak mahu jatuh cinta. hehe.        





Lu orang ada rasa mcm nak tampa pipi gua tak lepas baca caption kat atas? okayokay, lupakan.


Walaupun diorang hari-hari memekak kat rumah, bukak volume TV mcm cicak tersumbat dalam telinga, selalu buat muka ketat mintak belikan gula-gula, menyibuk nak ikut gua cari jodoh kat mega atau dimana shj, selalu ketok kepala hotak gua dgn remote TV, selalu cakap gua hitam mcm taik cicak, selalu jerit-jerit 'cuca budak coklat' kat luar sampai kwn abg gua yang hensem dengar, gua tak kesah semua tu. tak ambik port. Selagi tidak melibatkan Kamal Adli, gua buat-buat tuli je dan gua tahu, budak-budak sindromnakal mmg mcm tu. walaupun sekali-sekala gua rasa mcm nak sepak diorang sampai tersangkut atas pokok, gua tetap sayang permata hati gua ni.



Kalau cinta kepada Kamal Adli.
Kalau sayang, kasih, cinta dan semuanya yang indah kepada Encik Eddy.
Kalau sayang kepada Amira Natasha dan Aziff Nazhriq.
Kalau kasih kepada Nadiera Syahirah.
Permati Hati pula semestinya Harith Isaacs dan I-ris Ixora. :)









p/s : Diorang patut hentikan mogok 'CUCA BUDAK COKLAT' lepas ni. Gua harap ada sesiapa yang sudi bacakan entri ni untuk permata hati gua ni sbb mereka buta huruf.
p/s/s : Diorang patut bangga ada kakak secomel dan sesweet gua.







chiaw!

Berikan aku cinta.





Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta




Amacam? Ada sesiapa yang berkenan di hati?



p/s : Kalau ada pun gua tak ambik port. Dalam hati hanya satu. KAMAL ADLI.

Fakta 02#

Gua betul-betul takda mood nak bergurau senda hari ni. Ini semua sbb, gua terjatuh. terJATUH CINTA. poyo tapi benar.


dengan siapa?
dgn lelaki yang paling malangbertuah.




Kalau lah awk tanya, kenapa saya syg awk. jawapan saya simple je, takda sebab untuk sy sygkan awk. Hati sy yang pilih awk, hati sy ckp awk yg terbaik untuk saya. Tapi kalau awk tanya, kenapa saya boleh suka awk. jawapan sy mungkin tak masuk akal tapi, inilah hakikat. sbb gigi awk. gigi awk jarang, sy suka sgt. Awk lah lelaki pertama yang sy rasa tak mungkin sy boleh lupakan. Awk, sy syg awk :)





































Saya tak tipu. Saya sayangkan awk, Kamal Adli.  




p/s : Gedik je entri kali ni. Tapi, gua saja nak intro pakwe gua. salah ke? jangan jealous wanita-wanita di luar sana.



chiaw!

Besi karat.

Malam ni mood gua tangkap lentok.







Untuk sayangku, Kamal Adli.





chiaw!

Saturday, September 4, 2010

Fakta 01#

Lelaki yang bergigi jarang amat memikat hati gua. comel. cool cool, jangan tergesa-gesa mintak number phone gua bg sesiapa bergigi jarang yang boleh parking treler, gua ade lg ciri-cirinya.


Sekurang-kurangnya, gua nak muka yang mcm ni :


Read my lips, SEKURANG-KURANGNYA. Kalau nak yang selebih-lebihnya, mcm Jimmy Shanley ke. gua nak yang muka mcm artis, bukan muka mcm plastiks. ahaks!


cepat-cepat! gua nak buat stok untuk beraya sama-sama ni. yang gigi rapat-rapat gua tolak siang-siang. hanya terbuka kepada sesiapa yang bergigi boleh parking treller sahaja.


sbb gua suka lelaki bergigi jarang?

comel. Dan, kalau dating dgn gua makan jeruk pedas ke, asam pedas ke, sos cili ke, takdalah gua panik cari idea nak tegur cili terlekat celah gigi. kalau salah tegur, dia pulak malu. kalau dia dah malu, free free pulak mintak clash. kalau muka mcm hamid gurka takpa, ni buatnya dapat muka mcm Kamal Adli sayang ni. auww *__*


p/s : gigi mcm rabbit gua pertimbangkan. hahaha.




chiaw!

Ayat-ayat cinta.

Oh Fahri <3



Sesiapa yang dah tgk cerita ni, bagus. tahniah dan sewaktu dgnnya. Sape yang belum, bodoh, rugi juga dan sama waktu dgnnya. Dan kepada lelaki-lelaki, contohi lah Fahri. Tapi jgn yang part dia kahwin tu, jgn sesekali. kehkehkeh.


Tadi, lepas gua usha cerita ni, gua pikir. Kalaulah semua wanita kat bumi ni mcm Aisha, konpom wanita yang pupus cepat. pupus sbb mati kena bahan dgn gua.



wanita mcm Aisha ni dah lama pupus. dah tak ada stok dah sekarang. Perempuan zaman sekarang dah boleh join 77. Dapat tahu laki kahwin, tak main dah menangis tepi katil mcm toyol kena tangkap, takda masa katanya. Perempuan sekarang tak cakap banyak, bahan samurai terus! takda masa dok ngayat 'kenapa abg buat ayang mcm ni? apa salah ayang? ayang tak cukup cantik ke? apa kekurangan ayang, abg? APA?!'. Sekarang takda dah, bawak keluar samurai, libas atas kepala. mati tak mati lain cerita, asalkan hati puas. Hak pempuan tu pulak, celur dalam air panas. Okay, gua tipu sebenarnya. bukan semua pempuan sekarang mcm ni. kalaulah gua jadi Aisha, gua cacak parang atas kepala.


TETAPI, wanita seperti Aisha ini lah, wanita pertama yang dapat mencium bau syurga.



ayat ni gempak, CINTA DAN KEINGINAN UNTUK MEMILIKI ADALAH BERBEZA.




p/s : Fahri tu handsome mcm saitan. tapi malangnya, muka dia mcm musuh ketat gua. musuh tradisi.




chiaw!

Friday, September 3, 2010

Lady what? Lady G auwww

Gua sanggup bersengkang mata nak edit blog gua punya pasal.

LadyMontok.
Tak heaven. Lucah aje bunyinya. naik bulu roma gua *__*


LadyTembam.
Alamakkkkkkk, gewdix santai la pulok. mcm gewdix gurlzzzz pulak bunyi nya. bukan setakat gewdix santai, gewdix jalil hamid pun ada jugak.tak hebat tak hebat. tak melambangkan diri gua langsung.


LadyGemuk.
mwahahaha. Baru heaven. ni baru diri gua. gemuk kan comel. comel kan gemuk. kalau kakak gua yang dax cewngal dapat tahu psl ni, gerenti dia ketawakan gua sampai terjongkit-jongkit hidung McD dia tu.




p/s : kalau buat ladybasteng nanti kakak gua mesti terasa, kena bahang tanoh kekgi. owwwww nate bewok.



chiaw!

Pengikut.

Memandangkan gua baru je letak senarai followers gua, maka baru 1 je yang jadi anak ikan gua. Rajin-rajinkanlah diri tu jadi followers gua, nok.

Gua tak perasan pulak selama ni gua tak bagi sesape jadi anak ikan gua. anak ikan je eh, jangan noty nak jadi sugar baby pulak auww malu *__* jangan gewdix nak jadi gula bayi tau tau*wink wink.

Jangan risau, setakat ni takda lagi followers gua murtad jadinya. Gua tak ajar followers gua makan guna kaki, eja pelik-pelik sampai terbelit lidah nak bace. DAH SEMUANYA TAK. gua kan baik orangnya :-P Sape lagi nak puji selain gua sendiri? nak harapkan kakak gua? BUAT ALMOND LONDON PERISA KERENGGA BOLEH LAH. konklusinya, naik lif tekan sendiri lah kan -__-

Gua pelik jugak, orang lain semua mcm bangang nak followers ramai. Tapi, pada gua, gua tulis je. Orang nak baca ke tak, takda hal punya. Gua steady punya.


Dan yang paling penting, gua takpernah ajak followers gua jadi pegikut Hindraf atau AYAHPENG T____T




p/s : tapi gua panas line betul kalau ade manusia kutuk blog gua. mmg nak kena bahang tanoh!





chiaw!

Menyesal.

You never know what u have until u lose it, and once u lose it, u can never get it back.

Gua suka sayang cinta quotes ni. Meresap sampai ke tulang ibu jari kaki gua. makan dalam ayat ni. mcm budu. apa yang gua nak cakap sekarang ialah, gua menyesal. Yee, lepas dah kehilangan, baru gua rase gedik santai nak menyesal.

Pigidah Echa, dulu masa jadi hak kau, kau buat mcm natang babi. Sekarang, sendiri mau ingat lah ehhhhhhh.

Tolong tenangkan hati gua. Boleh? boleh la boleh la. kenapa gua rasa mcm nak sepak muka gua laju laju? gedik sgt harini. amboi biasa dia ehh T__T




p/s : gua nak potong rambut belakang style V mcm bontot berudu. stylo dok?


 chiaw!

2011.

Dah 53 tahun Malaysia merdeka. Tapi rakyat bangang tahap tu jugak. Tak up-up. Lagi-lagi remaja zaman sekarang. Nak tahu kenapa? jeng jeng jeng.........



"cayew chentakan awk shangat2....!!"
" DyE jAnTaN x GuNeWwWwWw........!!!!!!!"




fuck sake. senoneng kepala gua nak baca. dgn noktahnya yang kalau boleh satu page nak dipenuhkan. Tanda seru bagai. Tahulah marah! lu buat satu tanda seru pun org dah tahu lu marah, bhai! haa kan gua dah mengamuk ni. sabar echa, sabar. nah nah muka kiut miut mcm kerengga tersepit --> *___* auww comel. konon manja ah tulis gitu?


okaylah, cayew nuck study kewjap. naty cayew update lagiw kayh..??!!byex. HiKhIkHiK.....!!





p/s : gua mengambil masa 15 minit untuk tulis gewdix mcm tu.





chiaw!

SINDROME

Gua bosan gila. Yaa, GILA.









PHONE GUA 4 HARI MSG TAK MASUK-MASUK. SENYAP SUNYI MCM DUDUK KAT HUTAN. SIAPA NAK MSG GUA? T___T




gua rasa mcm org bodoh baru dapat handphone kalau dgr lagu raya menandakan ada msg masuk T___T sedihkan jadi gua? nanti gua nak update psl badi yang melekat pada diri gua.

Kecik-kecik kan comel.

Tiba-tiba pulak petang-petang ni gua teringat masa gua kecik-kecik dulu. okay, sebelum gua berlagak gua dah besar, mari kita sambung cerita.

"Dulu kan kan, masa kita budak-budak kecik, kita selalu pegi taman dgn kwn kita. kat taman tu, kita nyanyi kuat-kuat sampai anjing kat rumah cina depan tu menyalak kuat-kuat mcm kena rogol. Lepas tu, kita selalu makan ais-krim sampai tumpah tumpah kat ibu jari kaki. kita pun tunduk lepas tu jilat sisa-sisa ais-krim tu. konon manja.emmm nikmatnya. alamak, lucah pulak. Lepas tu, bila balik rumah, kita tak pernah mandi. kita makan-makan then terus lepak tgk tv mcm ikan buntal. Lepas tu kan awk kan, kita ngantuk, kita terus tidur mcm taknak bangun dah."


Bila pikir balik masa budak-budak dulu, heaven gila. Apa taknya, homework tak buat pun cikgu buat muka toye. Kalau sekarang, kalau tak siap homework mesti kena berdiri kat luar kelas. saja je nak suruh gua femes.


Dulu, masa zaman gua bodoh bodoh bingai, lirik lagu ni selalu melekat kat kepala hotak gua ;

Paddle pop, paddle pop,
habiskan duit mak bapok.





Apapun, bila dgr cerita zaman dulu-dulu papa gua cerita, mcm syok je. mencabar gila. main pacat lah, setakat kena libas dgn bontot buaya, dia libas balik pakai bontot dia. perh, mmg masyuk. kalau lah gua nampak buaya depan gua tenung gua, gua serah diri beb. tak sanggup nak main sorok-sorok. buatnya tetiba dia terkan gua. takke gua mati terkejut? kalau gua surrender, takdalah terkejut sgt. gua mati berjihad, tak sanggup tgk buaya tu berlapor, gua sanggup gadaikan nyawa demi maruah bangsa. okay tak sabet.


gua rasa gua kena gerak sekarang memandangkan banyak gua dah mencarut tak tentu hala T__T




p/s : Esok ada reunion batch standard 6 bestari, nak pegi dok?

Wednesday, September 1, 2010

Yang sempurnakanku *___*

Kepada kapel-kapel yang u jump, i jump tu, gua cadangkan lu bg lagu ni kat pakwes makwes korang. gerenti cair. sbb gua pun cair kalau ada jodoh gua bg lagu ni. Malangnya, bukat setakat jodoh, anjing sebelah rumah pun tak teringin tgk muka gua T__T









gua paling suka masa rangkap ni ;

Bila kau jauh, Aku selalu rindu,
Bila kau ada, Hati kan Berbunga *__*






p/s : Pada gua, ALLAH S.W.T dan ajaran agamanya YANG SEMPURNAKANKU :-)
p/s/s : Lepas gua tulis mcm tu, agak agak ada tak jodoh dari Mahad Tahfiz teringin nak jadikan gua menantu kepada ibu-bapanya? mana tahu *___* auwww.