Monday, August 2, 2010

cinta waklu!

Gua bet ramai perempuan yang suka tengok hindustan berbanding lelaki. sama mcm gua. setiap sabtu, pukul 2, muka gua dah tercongok depan TV. tapi gua kena ready lebih awal untuk 'perang saudara'. perang ni tiap tiap hari sabtu ada. kalau adik gua buat bangang dia tiba tiba emo taknak bg gua tgk TV, gua apa lagi. bukak langkah lah. tapi malangnya, adik gua ni bukan mcm adik orang lain. dia melawan balik. gua pijak kaki baru surrender. haaaaa tahu takut. Okay, ini takda kena mengena dgn tajuk gua harini. Nak bercinta dgn adik gua? zaman tapir kepala dua pun belum tentu. okay abaikan..



Gua taktahu hantu jenis hape yang merasuk gua harini, tiba tiba gua geletis nak tulis pasal cinta cinta ni. Lu pernah tgk tak cerita cerita zaman tok kadok dulu? kebanyakan cinta diorang terhalang. tapi tu tak menjadi pengakhiran cinta diorang, nanti adalah scene scene lari bawah pokok kelapa lah, terjun sungai lah. yang perempuan pulak, kalau dah tahu cinta terhalang, konon masuk bilik kunci pintu, tekup muka henyak katil. yang gua pelik, punyalah strict producer diorang dulu, menangis pun kena ikut intonasi. mcm cilake.Bosan punya pasal, gua bantai cerita ibu mertuaku td. yang buat gua hangin, perlu ke kasim tu cocok mata guan garpu? kalaulah gua ada depan kasim masa tu, dah gua celup muka dia dalam longkang. Tapi itulah, dah cinta sejati kan? buta pun butalah. Yang gua respect, diorang takda pun kahwin lari mcm remaja remaja sekarang. Konon mak bapak taksuka, bantai kahwin lari. mcm cilake.






Kebanyakan remaja sekarang, 'i lap yu, u lap me'. nak pulak gua menyampuk 'haruk lu!' . tegas dan padu. Yang gua perasan, bila couple couple ni break-up, yang makwe update kat fb 'Laky xgunew. aq menyecal kenal ngn kao duluw. Nyecalll~!!' . Yang lelaki pulak bantai sebarkan kat member member konon ex-makwe tu lauk. yang lauk tu jugak lu cayunk-cayunk, manjew manjew, hunny babiy dulu. pigidah! kalau kena penendang padu gua, lu pulak jadi lauk expired. Kalau tgh kemaruk, 'cyg lah cintew shejati biey. foweve lurVeE', 'gue enggak akan ninggalin lo, sampe kapan pun'. halamak aii, punya manis! kalaulah gula kat rumah habis, lu ludahkan aje ayat tu, gerenti jadi air gula. dah ronyok muka awek lu, tiba-tiba pulak bg alasan mak tak bg couple. suruh study katanya. haruk lu! study konon, mengeja pun bingai. Okaylah, sebelum gua jadi hulk, baik gua stop dulu. eh cop. hulk tak comel. gua nak jadi wonder girl lah. bukan setakat cun, popular pulak tu.


                                                              auw, pink youu! jambu dunia i.



nak jadi wonder girl konon, jadi bulldog tu pun blm tentu lepas.








p/s : ni dia cinta sejati gua :)






chiaw! 

No comments:

Post a Comment